Pages

Monday, January 25, 2010

Aktiviti Kokurikulum Kali Pertama 2010

Aktiviti Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2010 telahpun diadakan pada hari Sabtu 16 Januari 2010. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti Unit Beruniform dan diteruskan dengan aktiviti bagi Kelab dan Persatuan pada jam 10.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Aktiviti kokurikulum SKPB pada tahun ini akan dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat. 
Pada perjumpaan pertama unit beruniform ini, semua unit telah mengadakan latihan kawad secara bersama sebagai persediaan bagi mengadakan perhimpuanan rasmi bulanan. Diharapkan aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik sepanjang tahun 2010 ini. 
  
  

 
  

Saturday, January 16, 2010

Gotong Royong Bubur Asyura

Tarikh  :  16 Januari 2010 (Sabtu)

Tempat:  SKPB

Penglibatan  : Semua warga SKPB dan  PIBG SKPB

*Click photo to enlarge

    
  
     

     
 
 
 


Monday, January 4, 2010

GPK Kokurikulum Terima Kejutan

Mesyuarat pengurusan Unit Kokurikulum Kali Pertama 2010 telah diadakan pada 31 Disember 2009 di Bilik PKKP, SKPB. Mesyuarat ini melibatkan  pentadbir SKPB, setiausaha serta penyelaras unit-unit di bawah pengurusan unit ko-kurikulum dan guru pemimpin semua unit beruniform, kelab & persatuan dan sukan & permainan . Istimewanya mesyuarat yang diadakan ini adalah kejutan yang dibuat untuk GPK Kokurikulum iaitu En Mohd Nor b Ismail. Beliau telah dihadiahkan sebiji kek sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan beliau yang ke-20 dalam mesyuarat tersebut oleh pihak sekolah. Diharapkan usia perkahwinan beliau akan terus kekal dan bahagia sepanjang masa....
 

En Mohd Nor menerima kek ulangtahun perkahwinannya daripada Guru Besar


"Kek ni untuk saya dan isteri sahaja..." hehehe.


Doa dipanjatkan hanya pada Yang Kuasa

GB turut  menyampaikan watikah perlantikan kepada penyelaras dan
pemimpin unit pada mesyuarat tersebut

Ustaz Mahpuz memimpin bacaan doa


* Harap maaf kualiti gambar kurang baik... pakai kamera handset jer nih...