Thursday, June 14, 2012
Pelancaran Bulan Bahasa Malaysia 2012
Pelancaran Bulan Bahasa Malaysia SKPB 2012 telah di adakan pada 16 April 2012. Majlis ini disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Farid b Abdullah, Guru Besar SK Permatang Badak. Bersempena dengan Program Bulan Bahasa Malaysia ini, Panitia Bahasa Malaysia SKPB telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan membina kamus mini, pertandingan mendeklamasikan sajak, kuiz Bahasa Malaysia, pertandingan mencipta pantun dan resepsi buku. Jom layan gambar Pelancaran Bulan Bahasa.....







Pelancaran Kempen Budaya Salam
TARIKH : 2 APRIL 2012
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKPB
PERASMI :
TN HJ MOHD FARID ABDULLAH
GURU BESAR SKPB
Tuesday, June 12, 2012
Lawatan Prasekolah Daerah Kluang, Johor.
Pada 26 Mei 2012, SKPB telah menerima kunjungan guru-guru, pembantu pengurusan murid dan pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Johor. Ianya merupakan Lawatan Penanda Aras Prasekolah Daerah Kluang bagi perkongsian dan percambahan idea bersama guru dan kakitangan Prasekolah SKPB. Kunjungan ini disertai oleh kira-kira 75 orang peserta yang terdiri daripada guru, pembantu pengurusan murid dan pegawai daripada PPD Kluang. Semoga lawatan ini dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia....
Monday, June 4, 2012
Wednesday, July 27, 2011
Teratak Ummul Mu'minin
Tanggal 14 Mac 2011, tapak asas teratak Ummul Mu’minin mula disediakan hasil kerjasama dan muafakat guru-guru lelaki dan kakitangan SKPB dan disertai AJK Badan Kebajikan SKPB.
Teratak ini siap sepenuhnya pada tanggal 6 Julai 2011.
Kos pembiayaan pembinaan teratak ini dibiayai oleh hasil sumbangan pihak luar samada dari segi kewangan mahupun sumbangan berbentuk barangan.Pembelian 3 set kerusi batu yang menelan belanja RM 1260 telah dibiayai hasil sumbangan dari pihak luar
Tujuan utama pembinaan Teratak Ummul Mu’minin:
- Tempat menunggu ibu bapa pelajar
- Pondok bacaan
- Tempat belajar secara kumpulan
- Tempat program mentor-menti
- Tempat istirehat
Pemilihan nama “ Teratak Ummul Mu’minin” diambil sempena nama gelaran Siti Khadijah iaitu seorang tokoh dermawan yang agung. Sehubungan dengan itu, pemilihan nama ini memberi impak yang baik kepada semua warga SKPB.
Pada tarikh 22 Julai 2011 iaitu pada hari Jumaat, majlis perasmian dan meraikan pembinaan teratak ini diraikan bersama 21 orang anak-anak yatim SKPB. Semoga pembinaan teratak ini berguna dan dimanfaatkan secara maksimum oleh semua warga SKPB.
Subscribe to:
Posts (Atom)