Pages

Wednesday, July 27, 2011

Teratak Ummul Mu'minin



Tanggal 14 Mac 2011, tapak asas teratak Ummul Mu’minin mula disediakan hasil kerjasama dan muafakat guru-guru lelaki dan kakitangan SKPB dan disertai AJK Badan Kebajikan SKPB.

Teratak ini siap sepenuhnya pada tanggal 6 Julai 2011.

Kos pembiayaan pembinaan teratak ini dibiayai oleh hasil sumbangan pihak luar samada dari segi kewangan mahupun sumbangan berbentuk barangan.Pembelian 3 set kerusi batu yang menelan belanja RM 1260 telah dibiayai hasil sumbangan dari pihak luar

Tujuan utama pembinaan Teratak Ummul Mu’minin: 
  • Tempat menunggu ibu bapa pelajar
  • Pondok bacaan 
  • Tempat belajar secara kumpulan 
  • Tempat program mentor-menti 
  • Tempat istirehat
Pemilihan nama “ Teratak Ummul Mu’minin” diambil sempena nama gelaran Siti Khadijah iaitu seorang tokoh dermawan yang agung. Sehubungan dengan itu, pemilihan nama ini memberi impak yang baik kepada semua warga SKPB.

Pada tarikh 22 Julai 2011 iaitu pada hari Jumaat, majlis perasmian dan meraikan pembinaan teratak ini diraikan bersama 21 orang anak-anak yatim SKPB. Semoga pembinaan teratak ini berguna dan dimanfaatkan secara maksimum oleh semua warga SKPB.