Pages

Monday, June 17, 2013





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Ahamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya maka dapatlah kita bersama-sama megatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2013 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.

Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKPB mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan  elemen penting petunjuk prestasi iaitu NKRA.

Mulai tahun 2011, kurikulum sekolah telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.

Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan laman rasmi ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua guru serta warga sekolah dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan laman rasmi ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"HIDUP BERJASA"

Salam hormat dari saya,
Hjh.Endon binti Hj Sumin
Guru Besar,
SK Permatang Badak
25150 KUANTAN

Tuesday, June 19, 2012

Selamat Bersara Tn Hj Mohd Farid B Abdullah

 Tanggal 18 Jun 2012 merupakan hari terakhir perkhidmatan Tn Hj Mohd Farid b Abdullah sebagai
Pejawat Awam dan 
Guru Besar di SK Permatang Badak. Majlis Persaraan beliau telah dimulakan seawal pagi dengan Ucapan Wakil Murid oleh Adik Nur Farhah Hany, diikuti dengan ucapan YDP PIBG SK Permatang Badak En Badrul Hisyam. En Mohd Noor selaku GPK Kokurikulum telah berucap bagi mewakili guru-guru SKPB seterusnya ucapan dan amanat terakhir disampaikan oleh Tn Hj Farid B Abdullah kepada semua murid dan warga SKPB. 
Pada majlis tersebut juga, Tn Hj Mohd Farid telah merasmikan Galeri SKPB. 

Sejurus selepas itu, majllis diteruskan dengan jamuan tangahari bersama semua jemputan yang hadir

Antara tetamu yang hadir pada majlis ini ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, Tn Hj Karim b Man, Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, guru besar sekolah-sekolah Zon Perkasa dan Daerah Kuantan dan guru-guru yang pernah berkhidmat di SKPB dibawah Tn Hj Mohd Farid.

Pada jam 12.15 tengahari, Tn Guru Besar bergerak ke pejabat SKPB untuk 'Punch Card' terakhir beliau dan seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dari pihak sekolah, PPD Kuantan dan JPN Pahang. Tn Hj Farid seterusnya menandatangani Buku Penyerahan Tugas dan diserahkan kepada Pn Azizah bt Biron selaku GPK Pentadbiran SKPB. Majlis tersebut disaksikan oleh Tn Hj Karim b Man, Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan dan para jemputan lain.

Tn Hj Mohd Farid diberi penghormatan terakhir bagi menyempurnakan Pemeriksaan Kawalan Kehormat Pasukan Unit Beruniform SKPB yang terdiri daripada pasukan Pengakap dan TKRS. Seterusnya beliau diarak dengan diiringi adik-adik prasekolah, hulubalang SKPB dan pasukan kompang 
ke kenderaan khas sebelum bergerak meninggalkan perkarangan SKPB.. 

TERIMA KASIH CIKGU FARID. 

Jasa dan Baktimu akan dikenang sepanjang hayat. Moga Tuan diberikan kesihatan, kekuatan dan kerahmatan oleh Allah SWT.

Ucapan Wakil Murid - Nur Farhah Hany 
Ucapan YD PIBG  - En Badrul Hisham



Ucapan Wakil Guru - En Mohd Noor (GPK Kokurikulum)


Amanat akhir Tuan GB - Tn Hj Mohd Farid Abdullah
                       
























Hari Keluarga dan Majlis Tautan Hati Guru & Kakitangan SKPB

Tarikh :
15 - 16 JUN 2012

Tempat :
De Rhu Beach Resort, Pantai Balok



Acara air yang paling menyeronokkan anak-anak

Bersahaja tapi cover air mata...hihihi

Kakitangan yang komited 

Ucapan GPK 1

Coloteh Pengerusi Kelab Staff - Teruskan perkhidmatan -

Amanat GB kepada guru dan kakitangan SKPB sebelum bersara

"Pelangi Petang" hilangkan rasa mengantuk

Tn Hj Zaidi ceria 




Panitia BM bagi 'handset' baru.....

Boleh bergaya dengan kasut baru lepas ni hadiah dari Kedai Buku SKPB

Menyusun acara sukaneka

GB tengah atur stategi nak menang...

Acara anak-anak juga meriah...

Gaya pasukan juara...

Cekap betul Kak Sham

Tengok tu orang 'pro', sebelah tangan je guna

Spongebob kata "Apa yang penting, KERJASAMA"

Semua ni tewas di tangan En Sakri

Penyampaian hadiah

Akulah Juara!!!

Mia Cg Zaki.....


Seronok dapat baju... 

Ustaz Mahpuz tak lepaskan hadiah ke tangan Cg Zaiful

'Pose' tepi kolam

Acara bina mahligai air

Keletah si kecil dengan air