Pages

Monday, June 17, 2013





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Ahamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya maka dapatlah kita bersama-sama megatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2013 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.

Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKPB mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan  elemen penting petunjuk prestasi iaitu NKRA.

Mulai tahun 2011, kurikulum sekolah telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.

Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan laman rasmi ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua guru serta warga sekolah dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan laman rasmi ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"HIDUP BERJASA"

Salam hormat dari saya,
Hjh.Endon binti Hj Sumin
Guru Besar,
SK Permatang Badak
25150 KUANTAN

0 comments:

Post a Comment