Pages

Tuesday, June 19, 2012

Selamat Bersara Tn Hj Mohd Farid B Abdullah

 Tanggal 18 Jun 2012 merupakan hari terakhir perkhidmatan Tn Hj Mohd Farid b Abdullah sebagai
Pejawat Awam dan 
Guru Besar di SK Permatang Badak. Majlis Persaraan beliau telah dimulakan seawal pagi dengan Ucapan Wakil Murid oleh Adik Nur Farhah Hany, diikuti dengan ucapan YDP PIBG SK Permatang Badak En Badrul Hisyam. En Mohd Noor selaku GPK Kokurikulum telah berucap bagi mewakili guru-guru SKPB seterusnya ucapan dan amanat terakhir disampaikan oleh Tn Hj Farid B Abdullah kepada semua murid dan warga SKPB. 
Pada majlis tersebut juga, Tn Hj Mohd Farid telah merasmikan Galeri SKPB. 

Sejurus selepas itu, majllis diteruskan dengan jamuan tangahari bersama semua jemputan yang hadir

Antara tetamu yang hadir pada majlis ini ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan, Tn Hj Karim b Man, Pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, guru besar sekolah-sekolah Zon Perkasa dan Daerah Kuantan dan guru-guru yang pernah berkhidmat di SKPB dibawah Tn Hj Mohd Farid.

Pada jam 12.15 tengahari, Tn Guru Besar bergerak ke pejabat SKPB untuk 'Punch Card' terakhir beliau dan seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dari pihak sekolah, PPD Kuantan dan JPN Pahang. Tn Hj Farid seterusnya menandatangani Buku Penyerahan Tugas dan diserahkan kepada Pn Azizah bt Biron selaku GPK Pentadbiran SKPB. Majlis tersebut disaksikan oleh Tn Hj Karim b Man, Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan dan para jemputan lain.

Tn Hj Mohd Farid diberi penghormatan terakhir bagi menyempurnakan Pemeriksaan Kawalan Kehormat Pasukan Unit Beruniform SKPB yang terdiri daripada pasukan Pengakap dan TKRS. Seterusnya beliau diarak dengan diiringi adik-adik prasekolah, hulubalang SKPB dan pasukan kompang 
ke kenderaan khas sebelum bergerak meninggalkan perkarangan SKPB.. 

TERIMA KASIH CIKGU FARID. 

Jasa dan Baktimu akan dikenang sepanjang hayat. Moga Tuan diberikan kesihatan, kekuatan dan kerahmatan oleh Allah SWT.

Ucapan Wakil Murid - Nur Farhah Hany 
Ucapan YD PIBG  - En Badrul Hisham



Ucapan Wakil Guru - En Mohd Noor (GPK Kokurikulum)


Amanat akhir Tuan GB - Tn Hj Mohd Farid Abdullah
                       
























0 comments:

Post a Comment