Pages

Wednesday, December 30, 2009

Sekitar Mesyuarat Pengurusan 2010 SKPB

Mesyuarat Pengurusan  2010 SKPB  telah diadakan pada 28 Disember 2009 bertempat di Bilik PKKP, SKPB. Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari ini membincangkan tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru pada sesi persekolahan 2010.


Masing-masing menanti mesyuarat bersambung
   
    
Guru besar menyampaikan amanat buat semua pendidik SKPB

Cg Surina minta petua dari orang lama ke?

Apa yang Cg Hamidun study tu agaknya..?

Pengerusi Kelab Staf komited untuk meneruskan tugasan pada 2010

Tn Guru Besar mengharapkan kecemerlangan ditingkatkan pada 2010

Sempat lagi 'posing'...

Pertandingan 'handbag' terbesar ke ni?

Tuesday, December 29, 2009

Sejarah Pentadbiran SKPB

         Sekolah ini dibuka pada Januari 1960. Sebelum sekolah ini dibina, murid-murid di kampung ini bersekolah di SK Batu Tiga, lebih kurang 5 km dari SK Permatang Badak. Murid-murid hanya berjalan kaki ke sekolah tersebut. Atas keprihatinan pihak kerajaan, maka sekolah ini telah dibina.
Bangunan asalnya hanya mengandungi satu blok yang menempatkan 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah tandas untuk murid lelaki dan perempuan. Sejak  Januari 1960 hingga 1972 sekolah ini masih belum ada keperluan asas seperti air dan elektrik kerana kampung ini belum dimajukan.
Guru Besar pertama SK Permatang Badak ialah En Hussin b Ismail berasal dari Beserah, Kuantan. Beliau berkhidmat dari tahun 1960 sehingga 1963.
Guru Besar kedua ialah En Abdul Rashid bin Awang Wok.Beliau berasal dari Pekan Pahang dan berkhidmat  dari tahun 1963 sehingga 1970.
Guru Besar ketiga ialah Tuan Haji Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Lela berasal dari Pekan, Pahang. Beliau berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1975. Semasa di bawah pentadbiran beliau, sekolah ini telah menjadi johan peringkat Daerah Kuantan dalam pertandingan mencipta alat Matematik daripada bahan terbuang.
Guru Besar keempat, En Salleh b Ismail berkhidmat dari tahun 1975 sehingga 1980, berasal dari Kuantan. Semasa di bawah pentadbiran beliau, beliau telah mengambil inisiatif untuk mengadakan projek tanaman kacang tanah di kawasan yang kini dijadikan padang sekolah 
Hasil jualan kacang tanah tersebut telah  digunakan untuk membeli angkelong. Sekolah ini telah menubuhkan kumpulan angkelong yang dianggotai oleh murid-murid Tahun 4, 5, dan 6. Kumpulan ini diberi nama ‘Bintang Kecil’ di bawah pimpinan YM Tengku Toran (guru muzik beredar ketika itu.) 
Tahun demi tahun, bilangan murid bertambah ramai. Ahli Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) pada ketika itu, telah memainkan peranan menyambung bangunan sekolah di sebelah luar. Pada ketika itu, murid belajar dalam keadaan amat tidak selesa. Kelas mereka berlantaikan tanah. Sebuah kelas pula terpaksa menumpang di Surau Lama Kampung Permatang Badak, sehinggalah terbinanya sebuah lagi bangunan (Sekarang menjadi bilik-bilik khas iaitu Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Kesihatan, Bilik Pengawas dan Bilik Jalinan Kasih).  En Salleh telah meninggal dunia semasa berkhidmat di sekolah ini.
 Guru Besar kelima ialah Tuan Haji Kamaruddin bin Ahmad, berkhidmat dari  tahun 1980 sehingga 1982.
 Guru Besar keenam, En Abdul Majid bin Long. Berkhidmat dari tahun 1982 sehingga 1987. Semasa pentadbiran beliau, sekolah ini umpama taman dan bangunan sekolah juga telah ditambah, 2 blok bangunan 2 tingkat,  satu blok satu tingkat dan satu blok bangunan pasang siap. (Sekarang telah digantikan dengan 2 blok 3 tingkat).
 Guru Besar ketujuh, Tuan Haji Jalil bin Saad berasal dari Negeri Sembilan. Beliau berkhidmat dari tahun 1988 sehingga 1989.
 Guru Besar kelapan, En Hamdan bin Salleh berasal dari Temerloh. Beliau berkhidmat dari tahun 1989 sehingga 1993. Semasa  pentadbiran beliau, Pra Sekolah mula diwujudkan.
Guru Besar kesembilan, En Othman bin Rashid yang berkhidmat dari tahun  1993  sehingga 1995.
Guru Besar kesepuluh, Tuan Hj Ahmad bin Jambul berasal dari Pekan, Pahang. Beliau berkhidmat dari tahun 1995 sehingga 1996. Beliau telah bersara di sekolah ini.
Guru Besar kesebelas, Tuan Haji Azahari bin Ahmad. Beliau berkhidmat dari tahun 1996 sehingga 1997. Beliau juga bersara di sekolah ini.
Guru Besar kedua belas, Puan Hamidah bt Mansor yang berasal dari Jerantut, Pahang. Beliau mula berkhidmat pada pertengahan tahun 1997 sehingga 16 Oktober 2002. Beliau adalah guru besar perempuan pertama sejak sekolah ini dibuka. Semasa pentadbiran beliau, sekolah ini telah dilawati oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Mohamad dan rombongan pada 16 Mac 2001, bagi tujuan projek 'Rintis Transisi' Peringkat Kebangsaan. 
Guru besar ketiga belas ialah En Zulkifli b Jusoh. Beliau mula berkhidmat di sini pada 17 Oktober 2002 sehingga Oktober 2004. Ketika ini bangunan baru 2 blok 3 tingkat  siap dibina. Namun begitu, persekolahan masih kekal 2 sesi kerana jumlah pelajar  bertambah  menjadi hampir 1 400 orang.
Guru Besar keempat belas ialah Tuan Haji Mat Yunus bin Yusof. Mula  berkhidmat di sini dari Oktober 2004 sehingga 30 November 2008. Beliau berasal dari Sungai Lembing, Kuantan, Pahang.  Beliau juga merupakan guru besar pertama yang memiliki ijazah,  pada gred DG41 di sekolah ini. SK Permatang Badak terus menjulang namanya di Daerah Kuantan apabila memenangi banyak pertandingan dan anugerah di peringkat zon, daerah mahupun negeri.
Guru besar yang kelima Belas ialah Encik Mohd Farid bin Abdullah Gred DGA38. Mula berkhidmat di sini pada 01 Disember 2008. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai guru biasa dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah ini.  Beliau telah menerima anurgerah  Guru Besar Cemerlang pada tahun 2008. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya pada 18.06.2012.
Guru Besar yang ke enam belas ialah Puan Hajjah Endon binti Haji Sumin Gred DG 44. Beliau telah memulakan perkhidmatannya sebagai Guru Besar di SK Permatang Badak  pada 19 Jun 2012 menggantikan Tn Hj Farid yang bersara wajib. Sebelum bertugas di sekolah ini beliau pernah menjadi Guru Besar di beberapa buah sekolah sekitar Kuantan. Beliau yang memulakan tugasnya pada 9.6.1980 telah dilantik menjadi Guru Besar pada 2.10.1994. Di bawah pentadbiran Pn.Hajjah Endon Sk Permatang Badak terus cemerlang apabila pada tahun 2012 bilangan 5A UPSR mencatatkan bilangan tertinggi di negeri Pahang.

Dari Meja Guru Besar


Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Setiap sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya dan apa yang sudah berakhir pastinya ada permulaan yang baru. Bermulanya tahun 2010 ini, pelbagai  cabaran pasti menanti dalam usaha mencapai matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Cabaran yang bakal datang merupakan salah satu tangga atau pemangkin kepada kejayaan yang diimpikan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Cabaran ini juga boleh menjadi penyebab kepada kegagalan apabila tiada persediaan yang mantap dilakukan dari awal lagi. Oleh yang demikian, satu sistem pendidikan yang berkesan diperlukan dalam melahirkan anak didik yang berilmu, berfikiran kreatif dan kritis, berdaya saing, penyayang dan berakhlak mulia.

 

Cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan merupakan tanggungjawab semua pihak. Untuk merealisasikan hasrat ini,setiap warga SKPB perlulah mengamalkan sikap “RAJIN ”.

 

R – Respon,     A- Amanah,    J – Jihad,   I – Ilmu,   N – Niat

 

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kapada warga SKPB yang telah berjaya mengharungi tahun 2009 dengan cemerlang. Kecemerlangan ini merupakan simbol kerjasama, pemuafakatan dan interaksi yang  baik antara pihak pentadbiran, guru-guru dan ibubapa dalam mengatasi sebarang masalah yang timbul. Akhir kata semoga warga SKPB terus mewujudkan usaha dalam mencipta pelbagai kecemerlangan pada masa hadapan.

 

“KEGEMILANGAN DAN KECEMERLANGAN WAWASAN KITA”

“BERILMU     BERDISIPLIN    BERBAKTI “

 

MOHD FARID BIN ABDULLAH

16 Disember 2009

29 Zulhijah 1430

Tuesday, December 22, 2009

PERANCANGAN PERSEDIAAN 2010

Tarikh

Aktiviti

28 Dis 2009

Mesyuarat Guru dan Kakitangan kali Pertama 2010

21 Dis 2009

         

02 Jan 2010

Kedai buku dibuka (kecuali cuti umum)

29 Dis 2009

Mesyuarat JK Kurikulum  / PKKP Pertama

30 Dis 2009

Mesyuarat JK HEM / Guru Kelas

31 Dis 2009

Mesyuarat JK Kokurikulum / Orentasi Tahun 1 dan Prasekolah

02 Jan 2010

Orentasi Tahun 1 (Dewan SKPB)

Orentasi Prasekolah (Kantin SKPB)

04 Jan 2010

Sesi persekolah 2010 bermula

05 Jan 2010

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

06 Jan 2010

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris

07 Jan 2010

Mesyuarat Panitia Matematik

09 Jan 2010

Mesyuarat Panitia Sains / Pend Islam / KT / PSK / PJK

 

 

*Sebarang pindaan pada tarikh yang telah ditetapkan dalam aktiviti yang dicatatkan akan dimaklumakan