Setiap sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya dan apa yang sudah berakhir pastinya ada permulaan yang baru. Bermulanya tahun 2010 ini, pelbagai cabaran pasti menanti dalam usaha mencapai matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Cabaran yang bakal datang merupakan salah satu tangga atau pemangkin kepada kejayaan yang diimpikan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Cabaran ini juga boleh menjadi penyebab kepada kegagalan apabila tiada persediaan yang mantap dilakukan dari awal lagi. Oleh yang demikian, satu sistem pendidikan yang berkesan diperlukan dalam melahirkan anak didik yang berilmu, berfikiran kreatif dan kritis, berdaya saing, penyayang dan berakhlak mulia.
Cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan merupakan tanggungjawab semua pihak. Untuk merealisasikan hasrat ini,setiap warga SKPB perlulah mengamalkan sikap “RAJIN ”.
R – Respon, A- Amanah, J – Jihad, I – Ilmu, N – Niat
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kapada warga SKPB yang telah berjaya mengharungi tahun 2009 dengan cemerlang. Kecemerlangan ini merupakan simbol kerjasama, pemuafakatan dan interaksi yang baik antara pihak pentadbiran, guru-guru dan ibubapa dalam mengatasi sebarang masalah yang timbul. Akhir kata semoga warga SKPB terus mewujudkan usaha dalam mencipta pelbagai kecemerlangan pada masa hadapan.
“KEGEMILANGAN DAN KECEMERLANGAN WAWASAN KITA”
“BERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI “
MOHD FARID BIN ABDULLAH
16 Disember 2009
29 Zulhijah 1430
0 comments:
Post a Comment