Pages

Monday, January 4, 2010

GPK Kokurikulum Terima Kejutan

Mesyuarat pengurusan Unit Kokurikulum Kali Pertama 2010 telah diadakan pada 31 Disember 2009 di Bilik PKKP, SKPB. Mesyuarat ini melibatkan  pentadbir SKPB, setiausaha serta penyelaras unit-unit di bawah pengurusan unit ko-kurikulum dan guru pemimpin semua unit beruniform, kelab & persatuan dan sukan & permainan . Istimewanya mesyuarat yang diadakan ini adalah kejutan yang dibuat untuk GPK Kokurikulum iaitu En Mohd Nor b Ismail. Beliau telah dihadiahkan sebiji kek sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan beliau yang ke-20 dalam mesyuarat tersebut oleh pihak sekolah. Diharapkan usia perkahwinan beliau akan terus kekal dan bahagia sepanjang masa....
 

En Mohd Nor menerima kek ulangtahun perkahwinannya daripada Guru Besar


"Kek ni untuk saya dan isteri sahaja..." hehehe.


Doa dipanjatkan hanya pada Yang Kuasa

GB turut  menyampaikan watikah perlantikan kepada penyelaras dan
pemimpin unit pada mesyuarat tersebut

Ustaz Mahpuz memimpin bacaan doa


* Harap maaf kualiti gambar kurang baik... pakai kamera handset jer nih...

0 comments:

Post a Comment